JOM JAMMING STUDIO @ PUCHONG UTAMA

Intelligent Technology Resources

Rakaman

Disediakan rakaman live semasa menggunakan studio. Rakaman akan sentiasa berjalan selagi studio digunakan. Rakaman menggunakan kamera dan built-in mikrofon yang terdapat di dalam studio.

Harap maklum, rakaman adalah untuk kegunaan para jammers sahaja. Tiada sebarang mixing atau mastering dilakukan kerana rakaman adalah secara live.

Saiz rakaman adalah seperti berikut:

20 minit = lebih kurang 512 MB
1 Jam = lebih kurang 2 GB

Rakaman dalam format MP4, mengandungi video dan juga audio.

Harga untuk 1 Jam = RM5 sahaja.

Jammers digalakkan membawa thumbdrive, external harddisk atau memory card sendiri.

Harap maklum, rakaman akan tersimpan selama 2 minggu dari tarikh rakaman dibuat.

TIPS: untuk mendapatkan kualiti bunyi yang lebih baik, cuba seimbangkan bunyi dari amp gitar dan bass masing-masing. Ketukan drum juga tidak perlu terlalu kuat agar tidak menenggelamkan bunyi peralatan lain.